Tinggalkan jejak anda ye~

Friday 18 May 2012

Jangan tersasar akidah mu

Assalamualaikum...
Assignment. Makin meningkat. Aku cuba untuk mengurangkan bilangan nye. Macam mane pon tapi terima kasih kerana hadir untuk menyibukan diri ini. Apabila diri ini menjadi sibuk, tidak perlu dikenang2 orang yg tak mahu kan kita. Huhuhu.. tiba2 jek. Macam mane pon aku nak share something.  Baru2 ni, aku ada tengok wayang. Cerita Dark Shadows lakonan Johnny Depp. Sentap hati aku tengok perjalanan cerita tue. Cerita tue berdasarkan romantic humor. Memang kelakar tapi ending die wat ati aku sedih. Huhu Semua cerita Johnny depp macam tue.

Tapi kesimpulan nya hanya satu, cerita tue kalau kita terpengaruh dengan kisahnya, memang sesat barat la daripada akidah kita. Mana taknya, macam mengalakkan bunuh diri, dendam dan tamakkan harta. Semua ni idea siapa? Aku teringin sangat nak tengok sesiapa yang mampu menayangkan kisah "Tautan Hati", karya Fatimah Syarha tue. Cerita tue kalau tayang insyallah mesti hati anak2 muda  terpikat. Aku sendiri yang kasar ni jatuh cinta dengan kisahnya.

Aku hanya ingat satu jek, sekeras2 hati, insyallah hati pasti lembut jika kita berusaha untuk mengajaknya ke arah kebaikan. Insyallah, jika usaha kita tue di jalan Allah, maka Allah akan memandu sama sekali untuk memikat hati si keras kerikil tue. Kita kena sedar, kita sangat2 lah bersyukur kerana kita di sini aman damai berbanding di negara yang di jajah Israel dan Yahudi. Selagi nyawa masih di kandung badan, dekatilah Allah. Cintailah Allah. Tiada tuhan melainkan Allah. Allah PEMBANTU UTAMA kita. Lihatlah di Palestin, kanak2  lelaki dan perempuan dewasa acapkali mengucapkan kalimah dan ayat2 Allah untuk selamat daripada di tembak, di seksa. Aduh. pedihnya kesakitan yang mereka alami. Moga mereka tergolong dalam golongan para syuhadah ! Allahuakbar !

P/s : Rindukan Ilahi.. RIndukan dunia yang abadi.. Allah dan Rasul <3


AMBIL IKTIBAR DARIPADA SEMUA NI

Cinta-Nya

Sebak rasanya membaca ayat2 Al-Quran tadi. Rasa sangat2 bersyukur kerana masih berpeluang untuk membaca ayat2 suci Allah ini. Malah mampu menyebut dan melafazkan nya. Mak dan abah, terima kasih kerana lahirkan aku ke dunia ini untuk mengumpul bekalan2 di tempat persinggahan yg sementara ini. Allah, tuhan ku yang tiada lain Dari-Nya. Apa yg aku sudah pelajari, jangka masa di dunia lagi tidak la selama berbanding di akhirat. Oh, aku mula terbayang bagaimana keadaan diri ini ketika itu. Jika aku miskin dengan amal ibadat, maka compang camping la rupaku. Oh aku tak mahu begitu.. Aku mahu kembali ke sana dalam keadaan yang sempurna. Kerana aku tahu tidak ada sesiapa yang mampu memberi pertolongan kepada aku melainkan Allah dan Rasulullah. Tidak mahu aku lupai juga iaitu Rabiatul Adawiyah. Satu2 nye tokoh muslimah yg diberi peluang untuk memberi syafaatnya kepada orang lain di Padang Mahsyar nanti. Teguhnya cintanya terhadap Allah.

Moga hatiku ini tergerak oleh-Nya untuk mencintai-Nya dengan lebih lagi... Amin

Tuesday 15 May 2012

In Solidarity with the Palestinian Prisoners.






Pertama kali aku lihat gambar ni dekat profile sepupu aku. Well, aku tahu sepupu aku jenis berkempen pasal Palestin. Aku tak ambil port sangat sebab masa uh tengah leka buat assignment.Tapi, dalam pukul 1.15 pagi, aku terjaga dan terasa nak online. Hurm.. Nampak makin ramai pakai pic tue. Aku makin heran. Jadi aku bacalah apa yg di sharekan tue. One of it ade gambar ni..

Kalau korang ada saudara yg dipenjarakan dan jadi begini, apa perasaan korang?? Aku menitis air mata melihat gambar ni. Seksanya die menahan lapar selama 70 hari. Moga akidahnya masih kuat. Allah bersama mu !

ni sebahagian maklumat yang berkongsi tentang mereka:

BAITULMAQDIS: Seramai 1,550 rakyat Palestin di penjara Israel menyertai mogok lapar besar-besaran 
dan dua daripada mereka sudah berlapar selama 64 hari, kata pegawai penjara Israel. Jurucakap penjara, Sivan Wiezman memberitahu, 100 banduan lain mula bertindak enggan makan sejak dua hari, menjadikan bilangan mereka yang menyertai mogok lapar meningkat kepada 1,550 atau lebih satu pertiga daripada keseluruhan 4,700 tahanan Palestin.Dua daripada mereka, Bilal Diab dan Thaer Halahla, melakukan mogok lapar selama 64 hari, menyebabkan kumpulan Physicians for Human Right (PHR) – Israel memberi amaran bahawa mereka berdepan risiko maut.Mahkamah Agung Israel semalam mendengar satu rayuan terhadap mereka yang ditahan tanpa didakwa. Prosiding itu juga digunakan bagi memperbaharui tempoh tahanan mereka sehingga enam bulan lagi. Selasa lalu, Diab berpindah dari penjara Ramle ke hospital Assaf HaRofeh berhampiran, sehari selepas PHR memberi amaran bahawa dia terancam jika tidak mendapat perhatian perubatan secukupnya. “Bilal dalam keadaan stabil selepas dipindahkan ke jabatan gasteroenerologi di Hospital Assaf HaRofeh,” kata peguamnya, Jamil Khatib. Seorang penasihat perundangan kepada Kelab Tahanan Palestin, Jawad Boulos yang melawat Diab kelmarin berkata, dia dirantai pada katil hospital dan dipantau empat pengawal keselamatan. Diab enggan berurusan dengan doktor sehingga mereka menanggalkan rantai itu dan memberitahu pengawal: “Setiap kali anda lebih kejam, saya akan lebih percaya dengan pendirian dan kepercayaan bahawa kebebasan adalah perkara paling berharga dalam hidup,” kata Boulos. Seorang doktor PHR yang memeriksa Diab mendapati dia mengalami sakit perut dan mungkin mengalami pendarahan dalaman. Katanya, Halahla juga perlu menjalani imbasan CAT dengan segera. Khatib yang mewakili Halahla, cuba untuk melawatnya di penjara Ramle pada Rabu tetapi tidak dibenarkan, katanya. Majoriti tahanan mula tidak makan sejak 17 April lalu dalam satu tuntutan termasuk menambah akses kepada peguam dan lawatan keluarga selain menamatkan hukuman ditahan bersendirian dan mengakhiri tempoh penahanan. Weizman berkata, satu suruhanjaya penjara memeriksa isu keadaan di tempat tahanan itu tetapi tidak memberikan tarikh bila ia akan diserahkan. Suruhanjaya terbabit mula bekerja sebelum bermulanya mogok lapar berkenaan. Human Right’s Watch turut berkata, Israel perlu segera mengemukakan dakwaan atau membebaskan mereka yang dipenjarakan tanpa dakwaan yang dipanggil tahanan pentadbiran. – AFP


Jadi, jangan la berhenti mendoakan mereka kuat semangat. Allah sahaja yg mendengar rintihan mereka.. Kasihanilah saudara kita wahai2 teman2 ku..








T_T Aku yg merayu sokongan mu: Hanid Abd Hamid

Sunday 13 May 2012

Hikmah nya

Projek dah mula menimbun tapi unik semua nya dalam elektronik nye hasil kerja. Semua nya tersimpan di dalam laptop tapi sangat la sedih kerana laptop kakak aku yg aku pinjam tiba2 problem tak mahu hidup. Walaweyh ! Dugaan sangat. Bila dah sampai saat itu, aku jadi sangat pendiam ntuk memikirkan cara ntuk menyelesaikan masalah ni buat sementara waktu. Sementara yg dimaksudkan itu ialah beli laptop baru. Hehehe... Serius aku rasa macam kekok pakai laptop orang ni. Rasa macam kena berhati-hati dalam setiap perkara tau.

Macam mane pon alhamdulilah sekarang aku pakai laptop sahabat tercinta iaitu Una.. Sahabat aku yg jika aku minta tolong, die akan pastikan pertolongan die di segerakan. Sikap die yg ni mampu menitiskan air mata aku. Mana tak nya, aku sendiri bukan seperti dia... Tidak mampu memberi pertolongan sesegera die. Jelas terpancar rasa cinta die terhadap diri aku iaitu cinta persahabatan... yang Insyallah pastinya kekal hingga ke akhirat... Amin..

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Huhu.. Aku sekarang suka sendirian aw.. Mungkin sebab faktor kegilaan sendirian tapi insyallah aku akan pastikan diri ini masih dikawal dengan iman. Insyallah. Aku akan pastikan diri ku merasakan Allah sentiasa ada dekat dengan diri aku. Apa yg aku tahu selawat sahaja. Oh ya.. impian aku  ialah mahu berjumpa dengan Rasulullah S.A.W apabila di Padang Mahsyar.. Insyallah. Tue sebab aku selalukan selawat. Moga berpeluang mendapat syafaat Baginda..

Sekilas lalu jek luahan ni Hehehe.. Moga aku berpeluang mengutip2 ilmu yg bertempiaran di muka bumi ini. Kita kena pandai kutip dan kemas kini kan ilmu2 tersebut dalam diri kita la kan berpandukan guru2 yg mengajar kita..

P/s : Aku rindukan baba aku jika belajar tentang ilmu agama.., kerana dia banyak memberi nasihat tentang keislaman ni... Insyallah Baba dan mak, adik akan sentiasa adiahkan ayat2 al-quran :)


Sunday 6 May 2012

Muahahha

Wah, elektrik betul2 mengalir dlm badan aku mungkin kerna aku sudah berjam2 menghadap laptop ni. Pergh. Software da sebagainya telah menyebabkan aku menghadapkan benda alah ni kan. Terbaik. Macam mana pon aku tetap rasa ok agi. Cuma aku sedih ! Kenapa aku dah tak boleh minum Nescafe?? Damn.huhu.. aku minu skit jek tadi pi kejang nye urat pale aku bagai nak tercabut. HAruskah begini wahai urat? Adakah ko sudah membenci Nescafe kesayangan ku? Oh adrenalin ku tak mampu bertahan dengan kandungan Nescafe yg tinggi kandungan Kafein nya.... oh.. sedih sekali meh..

HUhu... aku punye suhu badan pon makin meningkat. Dari mana ni datangnya punca suhu badan ni. Aiyo.. nak demam ka? Mintak2 jangan la sebab banyak tugasan belum siap ni. Esok nak membebel sekejap kat depan nok ngajar bebudak pakai Paint Tool Sai ni.. Hehehe.. so, wish me luck ok

Coretan jalanan

Contengan jalanan. Hasil karya Hlovate. Seorang akak dalam Bulatan gembira mencadangkan novel itu. Kisah dalam novel tue telah menarik perhatian aku dan membuat aku mahu memiliki nya. Hehehe. Aku suka novel yg islamik dan berdasarkan kehidupan. Novel cinta tidak mengukuhkan kekuatan diri aku sangat dan hanya melebarkan sayap  berangan aku sahaja. Aku kena kembali ke dunia realiti.

Perancangan pergi ke Galeri dibatalkan. Aku serta rakan serumah tak tahu nak buat apa (sedangkan dah beratur assignment perlu disiapkan). Mulanya kawan aku mencadangkan pergi ke Giant saje tapi semasa di dalam, mula terlintas di fikirannya iaitu SUNWAY PYRAMID. Hurm, aku pun dah lame tak jejakkan kaki ke sana. Aku pon ikut saja. Biarkan mereka membawa aku ke layar sana kerana aku mahu berasa gembira. Seronok sangat.

Sampai ke Sunway, aku berjalan2 dengan rakan serumah. Sesat barat pon ade jugak tapi layaan. hehehe. aku rasa seronok sangat sebab dapat tengok ragam manusia. Aku bukan la orang yg pandai bersastera bagai kerana penulisan ku tidak sebaik mana tapi aku tetap minat mengarang sesuatu cerita. Kebanyakannya kisah aku je. Hehehe.

Aku beli jugak novel tue kat mall tue. Bila kaki ni dijejakkan ke lantai kedai buku Popular, rasa macam tak nak keluar saje. Aku rasa seronok berada dalam puluhan buku itu. Nasib baik semua tak boleh bukak, kalau tak, aku lah orang pertama yg duduk belek dan baca. Aku puas dengan kedai buku ni. Sampai kedai2 lain pon aku tak pandang . Hehehe..

Alhamdulilah, sebahagian resah dalam jiwa ini terbuang sedikit daripada minda ku ini.


Friday 4 May 2012

Madah 3

Kadang2 hati ni kalau rasa sakit hati mesti berkata2 ttg benda2 tak baik. Kalau aku tengah marah, memang aku langsung marah jek sebab hati tengah sakit tapi jika dah sejuk bagaikan angin sepoi2 bahasa tue, insyallah,aku akan jadi Hani da sweety gurl in ur life.

Yes, sometimes orang akan kata aku ni look more selfish dan suka wat hal sendiri. Macam tak berkembang jek minda dan diri sebab terkurung dalam bilik tapi, apa masalah mereka yg berfikir begitu ye? Diorang sakit ke aku tak keluar bilik segala? Kalau aku sakit la kan, adakah mereka orang yg pertama yang akan berpusu2 membelai aku seperti abah dan arwah mak aku pernah buat? Jika Ya, aku hormat mereka tapi jika tidak, tolong blah dan wat hal korang sendiri.

Lagi satu, aku paling tak suka orang muda dari kita bercakap dengan bahasa kurang ajar. Walaupun umur setahun daripada kita sekalipon. Tolong la. Aku dah la jenis mulut lancang. Sekali dah keluar kata2 kesat, pastinya ko xmampu nak kembali kepada diri ini dengan keadaan yg biasa. Ape ko ingat orang lain tak terguris ke dengan kata2 kasar ko tue. Bangga jadi mulut sialan sangat? Sori la.. jangan biadap. Hormat tue penting. Ko pon bukan suke orang kurang ajar dengan ko kan. Hurm... Manusia tue kekadang menjangkakan sesuatu yg terbaik buat diri mereka namun malang sekali kerana mereka sendiri tidak mahu berusaha untuk menjadi yg terbaik dari kalangan yg terbaik. Jangan mengharapkan itu semua jika diri sendiri tak mampu jadi begitu.


Tabah dan sbar.

Beratnya hati ini melihat. Namun harus disedarkan jua, itulah asam garam kehidupan untuk melayari bahtera kepahitan kerana disitu hangatnya bekalan akhirat kita kelak. Bahtera si kecil masih lagi berat. Aku yang melihatnya terasa kepedihannya. Sayang terhadapnya semakin bertambah. Tak pernah berkurang. Andai aku cuba memadamnya dengan pemadam handalan pon, pasti belum jua berkurang.

Gambar yg ku sisipkan ini memberi aku kekuatan bagaimana mengharungi kehidupan ini dengan tabah (walaupun si kecil inilah yang selalu buat darah ku kejap naik kejap turun). Die sweet. Die dengan sebagainya macam ragamnya. Aku sayang. Itu sahaja.

Die sudah hadapi perbagai dugaan. Kisah2 nya memberi aku inspirasi untuk meneruskan kehidupan dengan tabah dan sabar. Seperti yg sudah aku taip. (hehehe. Ngadew2 kan).

Ha, mahu ku war2 kan. Aku sudah join bulatan gembira. Seronoknya. Aku suka perbincangan dengan senior ku. Insyallah aku cuba ikuti hingga ke penghabisan sekali :)

....

Tahu tak, aku berada dalam situasi yg sangat menitiskan air mata aku. Aku memang berada dalam hukum karma. Jika itu berlaku padanya, pasti kejadian yg sama berlaku kepada aku. Aku rasa nak lari daripada dua insan ini. Mengapa mereka menjadi titik tolak kekuatan aku? Dua2 memahami aku. Dua2 menyayangi aku. Tapi dua2 jugalah yang menyakiti ku.

Adakah mereka ujian ku? Erm, aku memang mudah lentur namun aku juga ada perasaan. Puas dimarah dan puas juga diberi penyeksaan jiwa menanti namun aku harungi juga dengan keyakinan ku yg aku tahu semua nya akan berakhir dengan satu pengakhiran yg baik. Allah sahaja yg mampu membantu pengakhiran ni

Touching

Aku takkan pernah lupakan kata2 ini. "Lau xle grau xyh ad kwn la". 
Kenapa aku teringat yg ni? Hurm, aku ni orang yang sensitif, jadi aku pasti teringat benda yg paling buat aku terguris. Kena faham, kalau nak bergurau, ayat tue kena lah pada tempatnya. Jangan la sampai buat orang rasa sedih. Mase tue aku menangis. Kedegilan aku telah memakan diri sendiri sebenarnye tapi aku harungi jua kerana perasaan rindu.

Aku rindukan die yg dahulu. Apa yg ada kini hanyalah insan yg lain. Die sendiri buang diri die yg lalu. Aku tahu, hati die tak boleh menerima situasi begitu. Niatku hanyalah untuk melihat die bahagia. Allah yg memegang hatinya kan. Erm. Aku kena redha. Aku kena terima. Tapi serius ar, kata2 die uh yg bagi aku pedas tue memang buat aku touching. Sekasar2 aku, aku pikir agi aw, pi herm, ko memang selfish for sometimes.


Kuat

Kekuatan hati ni nak bersabar memang sentiasa diuji oleh-Nya. Kita sedar tak sedar je apabila kita ini diuji. Aku bersyukur kerana masih wujud teman2 yang mahu mengingatkan aku tentang kebaikan. Pertemuan aku dengan senior dalam bualatan gembira memberikan aku semangat untuk sentiasa bersemangat dan berkurang nya juga kemarahan ku ini.

Aku tahu, aku tidak sempurna. Aku tahu aku juga seperti perempuan yang kuat mengongkong. Hurm, itulah kelemahan diri ini. Salahkah menjadi orang yang caring? Mungkin aku tidak patut begitu mungkin. Entah la. Tidak semua boleh ngam dengan aku sebab mungkin kerenah aku namun aku tidak kisah kerana tue hak masing2. Aku hanya ucapkan terima kasih kerana ada juga kengkawan yang sudi bersama dengan aku dan menemani aku. Thanx sangat2.

Oh, err. Aku kena kuatkan? hehehe. ok

Manfaat Laman Sosial Sebar Dakwah, Bukan Aibkan Orang


Setiap Muslim yang beriman akan sentiasa menjaga akhlak dalam setiap tingkah laku tidak kira masa atau di mana mereka berada, termasuk ketika bersosial secara maya di laman sosial yang kini menjadi kegilaan masyarakat sejagat kerana kemampuan berinteraksi yang tidak terbatas.
Keadaan dunia tanpa sempadan ini ada kala menyebabkan masyarakat leka dan menolak ajaran agama yang menekankan akhlak mulia dalam perhubungan sesama manusia. Ledakan laman sosial menyumbang banyak peristiwa positif mahupun negatif.
Setiap perkara baik tidak menjadi masalah, perkara negatif ditimbulkan mewujudkan pelbagai permasalahan akhirnya merosakkan diri sendiri. Justeru, pengawalan akhlak yang sempurna tidak kira di mana saja berada perlu diambil kira.
Sedar atau tidak, penyalahgunaan laman sosial contohnya di facebook dan twitter boleh mengundang perkara negatif seperti pertelingkahan dan pergaduhan kerana sesetengah pengguna tidak berakhlak tanpa rasa bersalah sanggup menjatuhkan air muka orang lain, memfitnah, memuatkan pernyataan berbentuk hasutan atau provokasi.
Memang tidak dinafikan ada sesetengah pengguna tidak memandang serius perkara ini. Walaupun ia nampak ringan dan dianggap 'gurauan', tetapi ia mampu memberi impak lebih besar selain mengundang kemurkaan Allah SWT.
Beretika dan tidak melebihkan emosi ketika melayari laman sosial mampu mengelak perkara tidak baik. Teknologi canggih ini sebaliknya boleh dimanfaatkan untuk tujuan murni seperti berdakwah, menyebarkan maklumat serta mengeratkan silaturahim.
Nafsu tidak dapat dikawal ketika perasaan marah dan tertekan. Bertenang dan berfikir secara mendalam sebelum melakukan sesuatu perkara dapat mengawal keadaan. Perasaan menyesal biasanya akan hadir selepas perasaan marah reda.
Pepatah Melayu, 'terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.' Oleh itu, hormati hak dan peribadi orang lain. Rahsia yang diamanahkan jangan dijadikan isu untuk menarik perhatian kerana ia boleh mencetuskan kekecewaan serta memutuskan ikatan silaturahim.
Laman sosial boleh menjadi medium dakwah yang luas apabila digunakan secara tertib dan betul. Untuk berdakwah, peribadi dan akhlak ditunjukkan pemilik akaun akan dihitung terlebih dulu. Justeru, pemilik akaun perlu mengindahkan penulisan untuk menarik minat rakan maya ke arah kebaikan.
Walaupun hanya sepotong hadis ia mampu disampaikan dan dilihat ramai pelayar di laman sosial berbanding kuliah atau ceramah di dewan walaupun menempatkan beratus orang.
Penyebaran dakwah secara cacian dan kutukan untuk menunjukkan kepandaian atau kealiman dalam sesuatu perkara boleh menjauhkan sesama sendiri. Bukankah agama Islam lebih menginginkan keharmonian dan kedamaian dalam menyebarkan Islam?
Sebarang maklumat yang disebarkan perlu diketahui hukum dan sumbernya yang sahih. Jika hadis atau petikan dari kitab, perlu yang bersanad, asli dan sahih sumbernya. Ini untuk mengelak kekeliruan orang awam jika membuat penafsiran sendiri.
Mudah percaya dan mendedahkan rahsia diri kepada rakan maya, terutama yang tidak dikenali boleh mengundang padah dan bahaya. Menyerahkan maklumat diri seperti gambar, alamat tempat tinggal, pekerjaan akan mengundang mudarat.
Banyak kes sumbang terjadi berpunca daripada penyalahgunaan maklumat maka berhati-hatilah dan pandai-pandailah membawa diri di alam maya.
Kesimpulannya, semua bergantung kepada kesedaran diri sama ada ingin melayari laman sosial dengan akhlak baik atau mengikut nafsu dan emosi semata-mata. Ingatlah Allah Maha Tahu apa yang diperbuat hamba-Nya.